Merungkai Rahsia di Sebalik Label : Galeri Maya Kolaboratif

Subjek : Sains

Tingkatan : 5

Bab 2 : Nutrisi dan Teknologi Makanan

Standard Kandungan : 

2.5 Teknologi pemprosesan makanan

Standard Pembelajaran : 

2.5.1 Berkomunikasi mengenai teknologi pemprosesan makanan.

(b)  Bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan seperti bahan pengawet, pewarna, peluntur, perisa, penstabil, pemanis, pengantioksida dan pengemulsi berserta contoh

Tajuk: Merungkai Rahsia di Sebalik Label melalui Galeri Maya Kolaboratif

Pengenalan

Bagaimanakah kita boleh mengubah subtopik "Bahan Kimia yang Digunakan dalam Pemprosesan Makanan" (Sains Tingkatan 5) daripada sekadar hafalan teori buku teks kepada sebuah penerokaan yang hidup dan realistik?

Melalui aktiviti ini, murid dibawa keluar untuk meneroka ruang dapur rumah mereka sendiri, bertindak sebagai "Detektif Sains" yang menyiasat produk makanan sebenar, dan menghimpunkan hasil kajian mereka ke dalam satu pameran digital kreatif menggunakan aplikasi Keynote.

Langkah Demi Langkah (How-To)

📸 Langkah 1: Eksplorasi Autentik di Rumah 

Murid mencari satu produk makanan harian di rumah. Menggunakan Kamera iPad, mereka menangkap gambar produk beserta label ramuannya dengan jelas. Gambar ini kemudiannya dimasukkan ke dalam aplikasi Keynote dan disunting mengikut keperluan.

 

Murid memilih satu produk dan mengambil gambar produk beserta label ramuannya dengan jelas.

🔗 Langkah 2: Navigasi Pintar & Templat Tersusun 

Guru menyediakan satu fail induk (Master Deck) Keynote yang dikongsi bersama seluruh kelas (Real-time Collaboration). Slaid pertama berfungsi sebagai "Lobi Utama" di mana nama setiap murid telah siap diletakkan pautan (Hyperlink) ke slaid tugasan individu masing-masing untuk mengelakkan kekeliruan.

  

Paparan slaid Lobi Utama di mana murid akan ke stesen masing-masing untuk melengkapkan hasil dapatan dan kembali semula ke sini untuk meneroka hasil dapatan rakan-rakan yang lain


🧪 Langkah 3: Analisis & Pengelasan Ramuan 

Di dalam slaid individu yang disediakan, murid menggunakan alatan melukis (Drawing & Shapes Tools) untuk membulatkan bahan ramuan utama pada gambar label. Seterusnya, mereka mengelaskan sekurang-kurangnya 4 ramuan tersebut mengikut kategori bahan kimia makanan yang betul (seperti MSG = Perasa, Garam = Pengawet, Antioksidan, atau Penstabil) secara fill-in-the-blanks.

 

Murid membulatkan bahan-bahan kimia dan mengenalpasti sekurang-kurangnya 4 jenis ramuan berdasarkan fakta yang dipelajari

  👥 Langkah 4: Gallery Walk Maya (Jelajah Komuniti Kelas) 

Setelah selesai, murid menavigasi semula ke slaid lobi untuk menjelajah (explore) hasil kerja rakan-rakan sekelas yang lain. Melalui perkongsian ini, murid dapat melihat dan mempelajari lebih banyak variasi contoh pengawet, penstabil, dan perasa yang digunakan dalam dunia sebenar.

 

Contoh hasil dapatan murid

Impak Terhadap Pembelajaran

  • Pembelajaran Bermakna & Autentik: Menghubungkan kandungan silibus akademik dengan barangan harian di persekitaran sebenar murid.
  • Kolaborasi Dinamik & Penglibatan Tinggi: Ciri kolaborasi memupuk komuniti pembelajaran yang aktif, di mana murid belajar daripada satu sama lain secara telus dan kreatif.


Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.