OOPS! WHAT ARE THE PROBABILITY? OPS! APAKAH KEBARANGKALIANNYA?

Tajuk

13.2 Kebarangkalian Teori yang Melibatkan Kesudahan Sama Boleh Jadi

Standard Kandungan

13.2 Kebarangkalian Teori yang Melibatkan Kesudahan Sama Boleh Jadi

Standard Pembelajaran

13.2.1 Menentukan ruang sampel dan peristiwa bagi suatu eksperimen.

13.2.2 Membina model kebarangkalian suatu peristiwa, dan seterusnya membuat perkaitan antara kebarangkalian teori dengan kebarangkalian eksperimen.

13.2.3 Menentukan kebarangkalian suatu peristiwa.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran dirancang berdasarkan pendekatan 5E, iaitu:

 

1. Engage – Pengenalan Syiling

Murid meneroka objek syiling 3D dan mengenal pasti dua muka syiling, iaitu Gambar (G) dan Angka (A).

 

2. Explore – Gambar Rajah Pokok

Murid meneroka kesudahan yang mungkin apabila syiling dilambung dua kali. Murid menggunakan aktiviti seret dan lepas untuk melengkapkan gambar rajah pokok dan menyenaraikan semua kesudahan.

3. Elaborate – Aktiviti Think-Pair-Share

Murid mengaplikasikan konsep dalam situasi majlis hari jadi. Murid memilih satu perisa aiskrim, iaitu Strawberi (S) atau Coklat (C), dan satu warna belon, iaitu Merah (M), Kuning (K) atau Biru (B). Secara berpasangan, murid melengkapkan gambar rajah pokok dan menentukan ruang sampel serta peristiwa.

 

4. Explain – Penerangan Konsep

Murid menonton video penerangan yang menerangkan konsep ruang sampel, peristiwa dan formula kebarangkalian.

5. Evaluate – Exit Ticket

Murid menjawab soalan secara individu untuk menentukan kebarangkalian dalam beberapa situasi baharu.

Cara Menggunakan Bahan

Keynote – Bahan Pengajaran Guru

Keynote digunakan sebagai bahan utama guru sepanjang sesi PdP. Guru boleh:

  1. Menjalankan aktiviti pengenalan menggunakan objek syiling 3D.
  2. Memaparkan rangka gambar rajah pokok untuk aktiviti Explore.
  3. Membimbing murid menjalankan aktiviti seret dan lepas.
  4. Memaparkan situasi majlis hari jadi untuk aktiviti Think-Pair-Share.
  5. Memainkan video penerangan konsep.
  6. Memaparkan soalan Exit Ticket dan membuat penilaian kefahaman murid.
  7. Memaparkan jawapan untuk semakan bersama murid.


Pages – Lembaran Aktiviti Murid

Pages digunakan sebagai lembaran aktiviti digital murid.

Murid menggunakan Pages untuk:

  • melengkapkan gambar rajah pokok;
  • menyeret dan melepaskan objek ke ruang yang disediakan;
  • menulis semua kesudahan yang mungkin;
  • menentukan ruang sampel dan peristiwa;
  • mencatat pengiraan kebarangkalian;
  • melengkapkan Exit Ticket.

Attachments

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.